Tuesday 12 April 2016

Peringatan buat kita semua.


Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kita lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan. Panas? Takpa panas sikit di dunia, asalkan tak panas di sana. Kaki pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat.
.
Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar. Tudung tu. Tak kisah kita nak pakai jenis yang macam mana pun. Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal. It's up to you. Tapi Allah suruh tutup dada. Ulang.
.
Tutup dada. Apa salahnya kita labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan dari aku . Baju/kain/seluar tu. Aku tahu kita masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Aku pun perempuan. Faham. Ada rasa teringin itu ini.
.
Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya.Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan. Maha Suci Allah. Tepuk dada, tanya iman.
.
Kita, aku & kau adalah Islam. Tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti/aliran agama sahaja . Islam tu untuk SEMUA. Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.
.
Maaf kalau terasa. Aku tak nak korang ambil pahala aku . Aku pun tak sggup tanggung dosa. Dan aku taknak masuk neraka sebab aku taktegur korang. Aku nak korang jadi saksi yang aku dah tegur. Yang PALING AKU NAK, kita pimpin tangan masuk Syurga sesama. Korang baca kan?
.
Nanti Allah tanya dah bagitahu belum sekurang kurangnya aku ada jugak jawapan. Kita buat dan jaga sesama ya. Aku pun tak sempurna dan baik mana. Aku pun tengah cuba sebab kita manusia. Kekadang alpa, moga Allah pelihara dan jaga kita semua.


By:// GadisHaura

P/s: Terima kasih Cik Gadis Haura atas penulisannya.

No comments:

Post a Comment