Wednesday 13 April 2016

Petua Hidup Tenang

🔔🔔
1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.
2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.
3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.
4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..
5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.
6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.
7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.
8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..
9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..
10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..
11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..
12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah.


By:// IMSA Islamic Bureau

Tuesday 12 April 2016

Peringatan buat kita semua.


Pergelangan tangan itu dah aurat nak sinsing lengan baju tak salah tapi itu pun kalau kita lelaki. Nak selamat pakai sarung lengan. Panas? Takpa panas sikit di dunia, asalkan tak panas di sana. Kaki pun aurat. Stokin tak wajib pun, tapi kaki tu aurat.
.
Kalau nak pakai cardbox atau plastik sekali pun boleh sangat tapi cari yang warna gelap. Jangan yang lutsinar. Tudung tu. Tak kisah kita nak pakai jenis yang macam mana pun. Hana Tajima, shawl, pashmina or bawal. It's up to you. Tapi Allah suruh tutup dada. Ulang.
.
Tutup dada. Apa salahnya kita labuhkan sampai ke bawah dada. Ini perintah Allah, bukan dari aku . Baju/kain/seluar tu. Aku tahu kita masih muda, nak bergaya, ikut fesyen. Aku pun perempuan. Faham. Ada rasa teringin itu ini.
.
Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya.Tak ketat, tak jarang, tak singkat. Islam tak larang kita nak berfesyen, asalkan syariat tidak diketepikan. Maha Suci Allah. Tepuk dada, tanya iman.
.
Kita, aku & kau adalah Islam. Tudung labuh. Jubah. Pakaian ikut syariat tu bukannya untuk ustaz ustazah, pelajar sekolah, universiti/aliran agama sahaja . Islam tu untuk SEMUA. Jangan pernah malu tunjukkan identiti Islam kita.
.
Maaf kalau terasa. Aku tak nak korang ambil pahala aku . Aku pun tak sggup tanggung dosa. Dan aku taknak masuk neraka sebab aku taktegur korang. Aku nak korang jadi saksi yang aku dah tegur. Yang PALING AKU NAK, kita pimpin tangan masuk Syurga sesama. Korang baca kan?
.
Nanti Allah tanya dah bagitahu belum sekurang kurangnya aku ada jugak jawapan. Kita buat dan jaga sesama ya. Aku pun tak sempurna dan baik mana. Aku pun tengah cuba sebab kita manusia. Kekadang alpa, moga Allah pelihara dan jaga kita semua.


By:// GadisHaura

P/s: Terima kasih Cik Gadis Haura atas penulisannya.

Handsocks Dwitone

Adakah anda tahu, HANDSOCK DWITONE yang menjadi kegemaran ramai merupakan keluaran @staymodesty ? .

Ya! Kamilah pembekal handsocks yang menjadi KEGEMARAN ramai tu!
.
 Kami menjual handsocks dengan pelbagai warna dan corak yang menarik lebih 100++ design dan semestinya pada HARGA YANG BERPATUTAN buat anda!

Oh ya, pasti ada yang tertanya-tanya, HANDSOCK DWITONE tu apa?

Ia merupakan sarung lengan terkini yang mempunyai "double-side" depan belakang yang memiliki corak/warna yang berlainan. Boleh ditukar-tukar dengan menterbalikkan sahaja handsock (seperti yang anda boleh lihat dalam gambar).

























=======================
3 SEBAB YANG AKAN MEMBUAT ANDA GIGIT JARI JIKA GAGAL MEMILIKI HANDSOCK DWITONE KAMI:
=======================
.
1. BUY ONE GET TWO
Anda membeli satu, hakikatnya anda dapat 2 design yang berlainan!
.
2. TRAVEL FRIENDLY
Penjimatan terbesar ruangan penyimpanan atau beg terutamanya ketika "travel"
.
3. EASY MATCH
Kebanyakan design yang kami tawarkan terdiri daripada kombinasi warna PLAIN + CORAK.Sudah pasti mudah bagi anda menggayakan pakaian anda yang plain dengan side handsock yang bercorak dan begitulah sebaliknya.
.
Ukuran: +/-30cm sampai SIKU sahaja
.
Harga retail: RM8 (exclude postage)
Postage: RM6 (Semenanjung)
RM10 (Sabah&Sarawak)
.
Dibuka Untuk PEMBELIAN BORONG. InsyaAllah harga kasih sayang kte bagi
.
PM Kami Segera atau Whatsapp No. di bawah
====
whatsapp "SAYA BERMINAT" +60194343305
 whatsapp "SAYA BERMINAT" +60194343305
 whatsapp "SAYA BERMINAT" +60194343305
====